Sunday 26 December 2010

Kurus dengan buah-buahan

Kalau kamu nak turunkan berat badan tanpa makan ubat-ubatan moden,pengambilan buah-buahan sangatlah tepat.Ini kerana buah-buahan mengandungi kalori dan lemak yang sangat rendah.Di samping itu,buah-buahan juga kaya dengan serat,vitamin dan mineral.Di sini Pol nak bagi sedikit cara pengambilan yang sesuai.

1-Makan buah sebanyak lima sehingga sembilan kali sehari
2-Ambil buah-buahan sebelum penganbilan nasi dapat mengurangkan nafsu makan
3-Makan buah dalam keadaan masih mentah tanpa dibuat jus
4-Tidak semua buah-buahan mengandungi kadar lemak yang rendah.Kurangkan pengambilah buah-buhan seperti aprikot,zaitun, dan kelapa kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
5-Makan epal dan jambu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Buah jambu sememangnya kaya dengan vitaminC.Lagipun ia mudah didapati.
6-Imbangi penganbilan buah dengan air putih iaitu minimum 2 liter sehari.
                              MAKANLAH BUAH KALAU NAK KURUS

7 Kunci bahagia

1-Kamu yang bertanggungjawab untuk diri sendiri bahagia atau tidak.
2-Luangkan lebih masa untuk diri sendiri.
3-Lakukan sesuatu yang menyenangkan hati orang lain.
4-Berbuat baik pada diri sendiri.
5-Berani mengambil risikp.
6-Bersyukur atas apa yang kamu miliki.
7-Mulakan kebahagiaan itu dari diri kamu.Dari situ ia akan memancar pada orang-orang di sekeliling kamu dan ia pasti akan membawa anda pada hubungan yang baik dengan orang lain.
                           TAK MAU SEDIH-SEDIH LO...

Minum kopi sebelum bersenam

Mungkin kedengaran pelik tapi cukup baik untuk dicuba.Lepas nie,sebelum bersenam,cubalah minum secawan kopi.Sebab apa?Sebab kandungan kafein dalam kopi akan menjadi 'wake up call' yang istimewa buat otak kamu tu.Dengan itu,tahap kecergasan kamu akan mencapai masa yang lebih lama daripada biasa.Tak caya??
                                 CUBA DULU BARU TAU!!

Manfaat ketawa

Ketawa adalah misteri yang sangat universal.Banyak kajian membuktikan ketawa memberi efek yang hebat pada kesihatan manusia.Selain daripada melepaskan emosi dan stress yang dialami,ketawa juga membawa keseimbangan pada semua komponen dalam sistem kekebalan tubuk badan.Bila badan dah kebal,penyakit pon sukar menghampiri.Ketawa juga mampu meningkatkan aliran oksigen dalam darah yang dapat melancarkan pernafasan.
                    HA APA LAGI,SELALULAH KETAWA OK

Portable Hardisk

Anda inginkan penyimpanan yang berkapasiti besar,tapi ukurannya kecil?Mungkin keinginan tersebut boleh dirialisasikan dengan kehadiran A-DATA  NH92,iaitu portable hardisk terkecil di dunia.Ia berukuran tebal 12mm dengan berat 5 ounce saja.Wow!!
Anda boleh  memuatkan ratusan ribu lagu kegemaran anda dalam satu hardisk yang berkapasiti 250GB sehingga 500GB.Casingnya memang cantik,diperbuat daripada aluminium 2.5 inci.Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu silver,pink dan biru.Nak cari dimana??Kat Plaza Low Yat ada....kat Digital Mall pun ada ma..hehe
                                 Best lo ada satu

Feng shui warna

Feng shui warna hijau
Hijau adalah simbol kemajuan dan perkembangan.Energi positifnya memancarkan perasaan dewasa dan matang,seterusnya mewujudkan kepercayaan.
Tip:Kalau korang mahu diberikan kepercayaan penuh atas satu tanggungjawab,pilihlah warna hijau.

Feng shui warna merah
Merah adalah warna yang sangat kuat dan memberikan efek seakan megnet menarik orang lain mendekati anda.
Tip:Pakailah warna merah ketika korang kurang percaya diri,takut dan mahu meraih perhatian seseorang.

Feng shui warna putih
Ia memberi perasaan senang pada orang yang melihat sehingga terpancar semua emosi positif dalam diri kamu.
Tip:Pakailah warna putih juka korang mahu memberi kesan jujur dan boleh dipercayai.

Feng shui warna hitam
Hitam merupakan warna kegemaran kebanyakan orang.Ia memancarkan kuasa yang kuat dan memacu motivasi yang tinggi.Kuasa warna hitam ini diperakui oleh ahli feng shui dalam memberi kekuasaan paa si pemakai sehingga orang yang berdamping dengannya merasa kagum.
Tip:Pakailah warna hitam kalau korang mahu tampil yakin dan meraih apa yang dihajati .Korang akan terlihat lebih elegan dan istimewa.

Feng shui warna pink
Pink atau merah jambu adalah warna yang ceria,menggoda dan sangat romantis.Kamu sebenarnya tak memerlukan banyak solekan bila berpakaian pink kerana secara aotomatik warna akan mengeluarkan aura dan pesona gadismu.Pink juga sangat menenangkan dan mengurangkan emosi negatif seperti cemburu dan cepat marah.
Tip:Pilih warna pink bila korang ingin memberikan kesan istimewa kepada seseorang yang korang kasihi.Pesona korang sure akan telekat dalam ingatan sidia.

Feng shui warna kuning
Sisi positif warna kuning ialah memancarkan perasaan ceria dan bersemangat.Ia sangat berguna bagi sesiapa yang bermasalah untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana stimulasi otak akan menjadi lebih baik.
Tip:Baju kuning yang korang pakai mampu memberi tenaga yang luar biasa ketika korang mahu berdepan dengan seseorang yang penting dan mereka selalunya bakal bersetuju dengan apa yang korang suarakan....ok la macam tu...hehe

Feng shui warna ungu
Ungu sangat ideal untuk memberikan inspirasi dan idea tertentu.Ia juga bakal meningkatkan kreativiti sesetengah orang.
Tip:Bila korang terasa mati kutu atau kehabisan idea,cuba warna ungu.Warna ini bakal membantu kamu lebih berfikiran jauh dan terbuka.

                     PILIHLAH WARNA YANG SESUAI EA

Makanlah coklat

Coklat tak hanya lazat tapi penuh dengan manfaat.Coklat dianggap ubat awet muda kerana penuaan sering dikaitkan dengan merosotnya kesihatan pembuluh darah.Kajian yang dilakukan membuktikan coklat yang kaya dengan flavonoid mampu meningkatkan fungsi pembuluh darah.Selain itu coklat juga bermanfaat untuk:

1-Menurunkan tekanan darah
2-Mengubati batuk
3-Menurunkan kadar kolesterol
4-Mencegah stroke
5-Membuat otak rileks sehingga kita santai dan lebih tenang.
         
                JANGAN INGAT COKLAT MENGGEMUKKAN SAHAJA OK

Thursday 23 December 2010

Tips memilih kanta sentuh

 Semenjak kebelakangan ini banyak sangat lambakan kanta sentuh murah yang telah berada di pasaran terutamanya yang boleh di order melalui internet sungguh mudah kan. Tetapi adakah para pengguna di luar sana tahu akan risikonya terhadap mata?. Seperti yang kita sedia maklum kanta sentuh berwarna yang teramat banyak di internet sekarang ini mengatakan ia merupakan kanta lekap yang di import dari Korea, tetapi betulkah kanta sentuh ini di import dari korea dengan harga yang begitu murah?.

Sebenarnya murah dan mahal bergantung kepada pilihan pengguna tetapi pada akta yang sebetulnya kanta sentuh ini hanya boleh di priskripsi atas nasihat Doktor dan Optometris. Pernahkah pengguna yang di luar sana melakukan pemeriksaan kesihatan mata samada, mata anda sesuai pakai kanta sentuh yang macamana. Ini kerana ada sesetengah orang yang tidak sesuai dan tidak di galakkan memakai kanta sentuh, terutamanya mereka yang memakai kanta sentuh melebihi had masa dan melebihi tempoh penggunaan kanta sentuh, contohnya kanta sentuh biasa di nasihatkat pemakaiannya 8 jam sahaja tetapi ia memaki selama 12 jam ataupun kanta sentuh tersebut untuk sebulan sahaja tetapi ia memakai selama 3 bulan.

Mungkin kesan buruk daripada pemakaian yang tidak sihat akan menyebabkan mata anda rasa selesa sehari dua, akan tetapi untuk kesan jangka masa panjang memang boleh mendatangkan kemudaratan dan ada sesetengah kes pemakai kanta sentuh menjadi buta. Oleh itu pemakaian kanta sentuh dengan nasihat Doktor atau Optometris amat penting, dan pembelian kanta sentuh warna melalui internet perlulah di sekat bagi mengelakkan masalah mata yang serius. Ini kerana pembelian tanpa nasihat dan konsultansi yang betul boleh menyebabkan masalah yang berkaitan mata akan meningkat.

Perkara ini juga perlu di beri penekanan pada remaja perempuan yang begitu ghairah dan taksub terhadap penggnaan kanta sentuh warna yang murah tanpa menilai tahap kesihatan mata. Mata yang sihat anugerah Illahi ini hanya sekali sahaja jikalau anda di luar sana buta ataupun mengalami masalah mata yang teruk, siapa yang hendak di persalahkan? ini semua di sebabkan kurangnya pendedahan terhadap kesihatan mata. Adakah anda akan menyalahkan orang yang menjualnya di internet? sedangkan orang itu boleh hilang begitu sahaja. Cubalah berfikir sejenak tentang kesihatan mata dan anda boleh bertanya info-info kesihatan mata terhadap orang yang berpengalaman dalam bidang ini seperti Optometris.
 Taip sahaja perkataan ‘kanta lekap murah’ di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.

Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.
Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
“Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
“Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

                                                JADI KORANG SEMUA FIKIR-FIKIRKAN LAH YEA

Cup cake

Cup cake sangat diminati oleh remaja-remaja pada masa kini oleh kerana bentuknya yang comel dan warnanya yang menarik..Malah ada juga remaja yang sanggup masuk kelas masakan semata-mata hendak belajar membuat cup cake ini.Telah banyak kedai yang  menjual cup cake  dan tidak lupa juga kepada penjual cup cake yang menggunakan  internet sebagai 'kedai'.Menjual di internat seperti di Facebook ini dapat menjimatkan wang dan masa.Maksud Pol menjimatkan wang dari segi pembelanjaan sewa kedai dan alat-alatan yang harus ada di setiap kedai yang menjual cup cake.Cup cake kini telah menjadi terkenal dalam kalangan remaja pada masa kini.Ada diantara mereka yang menjadikan cup cake ini sebagai hadiah hari jadi dan sebagainya..Cup cake ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa.Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan cup cake ini.Pol cadangkan satu blog ni.Jika anda ingin mengetagui lebih lanjut lagi mengenai cup cake dan inginkan resepinya.sila layari http://www.cupcakesovenbymissshafi.blogspot.com/.

                                                        CUBA DULU BARU TAU
                                         

Bila kurus,baru bergaya

Ramai remaja yang di luar sana obses dengan fashion masa kini.Remaja pada zaman ini sangat berminat dengan fashion dari luar negara,bukan sahaja kaum hawa saja yang berminat pada fashion malah kaum Adam ini juga turut meminati dunia fashion ini.Kesemuanya berbadan cantik dan langsing.Akan tetapi,kasihan kepada remaja di luar sana yang berbadan XXL ini.Mereka menganggap diri mereka seolah-olah tidak bergaya di hadapan masyarakat.Jadi kepada remaja-remaja diluar sana,jagalah tubuh badan anda dengan sempurna.Jika anda mengalami masaalah badan XXL ini,anda bolehlah rujuk pada Post-Post yang telah Pol tulis di bawah tu..Orang kata ''Bila kurus,baru ada gaya''...jadi jagalah badan anda sebaik-baiknya.
                                      
                                        LOVE YOUR BODY,LOVE YOUR MIND

Makanan yang boleh menggemukkan

1-Aiskrim tinggi dengan kandungan lemak,gula dan kalori.
2-Kerepek kentang mengandungi garam,lemak,gula dan kalori yang amat tinggi.
3-Sosej tinggi kandungan lemaknya.
4-Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak.
5-Makanan segera seperti kentang goreng tinggi kandungan lemak dan kalorinya.
6-Minuman bersoda mengandungi zat tetapi kandungan gula,sodium dan kalorinya amat tinggi.
7-Bijirin manis dengan kandungan khabohidrat yang tinggi meningkatkan gula darah dan penimbunan lemak tubuh.
8-Susu berkrim mengandungi lemak yang amat tinggi.Gantikan dengan susu rendah lemak.
9-Roti yang diperbuat daripada tepung adalah tinggi kadungan lemak dah khabohidrat.Gantikan dengan roti gandum.

Untuk berdiet dengan sihat,kurangkan 9 pemakanan ini secara perlahan-lahan.Gantikan dengan makanan yang hampir sama dan yang paling penting sekali ialah minda kita.Semakin kuat minda kita pastinya kita akan dapat bentuk badan yang di idam-idamkan.
                                      !! ''OUR MIND IS OUR PLAYGROUND''!!

''Tetapi saya mengawal cara saya makan dan kenapa saya masih gemuk''!!

''Tetapi saya mengawasi apa yang saya makan''!! saya tahu anda sememangnya mengawal apa yang anda makan tetapi seberapa kerap anda boleh mengawal nafsu makan anda?Anda mungkin makan secara sederhana tetapi anda masih gemuk.kenapa hal ini berlaku??
Ramai yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik.Setiap kali melihat cermin,serta-merta muka bertukar menjadi macam cuka..hahaha
  
              ''Aku tak nak gemuk,aku nak kurus''

Cuba anda bertanya pada diri anda sendiri......

Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?
Adakah anda sentiasa makan?Adakah anda gemar makan mengikut nafsu iaitu makan banyak dalam satu masa?
Adakah anda ketagihan makanan?
Adakah anda menggemari makanan nyang berlemak dan berminyak?
Adakah anda gila pada makanan dan minuman yang manis?
Adakah anda makan terlalu banyak snek,keropok dan kentang goreng?

Jika jawapan anda bagi soalan ini adalah''ya'' tidak hairanlah berat badan anda berlebihan.hehe..~Fikir-fikirkan dan ubahlah corak pemakanan anda dari sekarang.