Sunday 26 December 2010

Feng shui warna

Feng shui warna hijau
Hijau adalah simbol kemajuan dan perkembangan.Energi positifnya memancarkan perasaan dewasa dan matang,seterusnya mewujudkan kepercayaan.
Tip:Kalau korang mahu diberikan kepercayaan penuh atas satu tanggungjawab,pilihlah warna hijau.

Feng shui warna merah
Merah adalah warna yang sangat kuat dan memberikan efek seakan megnet menarik orang lain mendekati anda.
Tip:Pakailah warna merah ketika korang kurang percaya diri,takut dan mahu meraih perhatian seseorang.

Feng shui warna putih
Ia memberi perasaan senang pada orang yang melihat sehingga terpancar semua emosi positif dalam diri kamu.
Tip:Pakailah warna putih juka korang mahu memberi kesan jujur dan boleh dipercayai.

Feng shui warna hitam
Hitam merupakan warna kegemaran kebanyakan orang.Ia memancarkan kuasa yang kuat dan memacu motivasi yang tinggi.Kuasa warna hitam ini diperakui oleh ahli feng shui dalam memberi kekuasaan paa si pemakai sehingga orang yang berdamping dengannya merasa kagum.
Tip:Pakailah warna hitam kalau korang mahu tampil yakin dan meraih apa yang dihajati .Korang akan terlihat lebih elegan dan istimewa.

Feng shui warna pink
Pink atau merah jambu adalah warna yang ceria,menggoda dan sangat romantis.Kamu sebenarnya tak memerlukan banyak solekan bila berpakaian pink kerana secara aotomatik warna akan mengeluarkan aura dan pesona gadismu.Pink juga sangat menenangkan dan mengurangkan emosi negatif seperti cemburu dan cepat marah.
Tip:Pilih warna pink bila korang ingin memberikan kesan istimewa kepada seseorang yang korang kasihi.Pesona korang sure akan telekat dalam ingatan sidia.

Feng shui warna kuning
Sisi positif warna kuning ialah memancarkan perasaan ceria dan bersemangat.Ia sangat berguna bagi sesiapa yang bermasalah untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana stimulasi otak akan menjadi lebih baik.
Tip:Baju kuning yang korang pakai mampu memberi tenaga yang luar biasa ketika korang mahu berdepan dengan seseorang yang penting dan mereka selalunya bakal bersetuju dengan apa yang korang suarakan....ok la macam tu...hehe

Feng shui warna ungu
Ungu sangat ideal untuk memberikan inspirasi dan idea tertentu.Ia juga bakal meningkatkan kreativiti sesetengah orang.
Tip:Bila korang terasa mati kutu atau kehabisan idea,cuba warna ungu.Warna ini bakal membantu kamu lebih berfikiran jauh dan terbuka.

                     PILIHLAH WARNA YANG SESUAI EA