Thursday 23 December 2010

''Tetapi saya mengawal cara saya makan dan kenapa saya masih gemuk''!!

''Tetapi saya mengawasi apa yang saya makan''!! saya tahu anda sememangnya mengawal apa yang anda makan tetapi seberapa kerap anda boleh mengawal nafsu makan anda?Anda mungkin makan secara sederhana tetapi anda masih gemuk.kenapa hal ini berlaku??
Ramai yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik.Setiap kali melihat cermin,serta-merta muka bertukar menjadi macam cuka..hahaha
  
              ''Aku tak nak gemuk,aku nak kurus''

Cuba anda bertanya pada diri anda sendiri......

Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?
Adakah anda sentiasa makan?Adakah anda gemar makan mengikut nafsu iaitu makan banyak dalam satu masa?
Adakah anda ketagihan makanan?
Adakah anda menggemari makanan nyang berlemak dan berminyak?
Adakah anda gila pada makanan dan minuman yang manis?
Adakah anda makan terlalu banyak snek,keropok dan kentang goreng?

Jika jawapan anda bagi soalan ini adalah''ya'' tidak hairanlah berat badan anda berlebihan.hehe..~Fikir-fikirkan dan ubahlah corak pemakanan anda dari sekarang.