Thursday 23 December 2010

Tips memilih kanta sentuh

 Semenjak kebelakangan ini banyak sangat lambakan kanta sentuh murah yang telah berada di pasaran terutamanya yang boleh di order melalui internet sungguh mudah kan. Tetapi adakah para pengguna di luar sana tahu akan risikonya terhadap mata?. Seperti yang kita sedia maklum kanta sentuh berwarna yang teramat banyak di internet sekarang ini mengatakan ia merupakan kanta lekap yang di import dari Korea, tetapi betulkah kanta sentuh ini di import dari korea dengan harga yang begitu murah?.

Sebenarnya murah dan mahal bergantung kepada pilihan pengguna tetapi pada akta yang sebetulnya kanta sentuh ini hanya boleh di priskripsi atas nasihat Doktor dan Optometris. Pernahkah pengguna yang di luar sana melakukan pemeriksaan kesihatan mata samada, mata anda sesuai pakai kanta sentuh yang macamana. Ini kerana ada sesetengah orang yang tidak sesuai dan tidak di galakkan memakai kanta sentuh, terutamanya mereka yang memakai kanta sentuh melebihi had masa dan melebihi tempoh penggunaan kanta sentuh, contohnya kanta sentuh biasa di nasihatkat pemakaiannya 8 jam sahaja tetapi ia memaki selama 12 jam ataupun kanta sentuh tersebut untuk sebulan sahaja tetapi ia memakai selama 3 bulan.

Mungkin kesan buruk daripada pemakaian yang tidak sihat akan menyebabkan mata anda rasa selesa sehari dua, akan tetapi untuk kesan jangka masa panjang memang boleh mendatangkan kemudaratan dan ada sesetengah kes pemakai kanta sentuh menjadi buta. Oleh itu pemakaian kanta sentuh dengan nasihat Doktor atau Optometris amat penting, dan pembelian kanta sentuh warna melalui internet perlulah di sekat bagi mengelakkan masalah mata yang serius. Ini kerana pembelian tanpa nasihat dan konsultansi yang betul boleh menyebabkan masalah yang berkaitan mata akan meningkat.

Perkara ini juga perlu di beri penekanan pada remaja perempuan yang begitu ghairah dan taksub terhadap penggnaan kanta sentuh warna yang murah tanpa menilai tahap kesihatan mata. Mata yang sihat anugerah Illahi ini hanya sekali sahaja jikalau anda di luar sana buta ataupun mengalami masalah mata yang teruk, siapa yang hendak di persalahkan? ini semua di sebabkan kurangnya pendedahan terhadap kesihatan mata. Adakah anda akan menyalahkan orang yang menjualnya di internet? sedangkan orang itu boleh hilang begitu sahaja. Cubalah berfikir sejenak tentang kesihatan mata dan anda boleh bertanya info-info kesihatan mata terhadap orang yang berpengalaman dalam bidang ini seperti Optometris.
 Taip sahaja perkataan ‘kanta lekap murah’ di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.

Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.
Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
“Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
“Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

                                                JADI KORANG SEMUA FIKIR-FIKIRKAN LAH YEA